Planetmahir Sdn Bhd, syarikat penyedia platform pendidikan digital melangkah ke Fasa Dua pengembangan syarikat dengan pengenalan Aplikasi Teknologi Kecerdasan Buatan (AI) bagi platformnya.<br />Manakala program MAHIR Tutor A Level, International General Certificate of Secondary Education (IGCSE) serta kurikulum persekolahan Indonesia, Singapura dan Brunei akan mula ditawarkan tahun ini, menandakan kemasukan Planetmahir ke pasaran pendidikan global.
